KUTIPAN SAMPAH

152) KUTIPAN SAMPAH

Tahun:

Sesi:

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah cadangan baru dalam mengatasi isu kutipan sampah?

    a dan b)

    Bagi mengatasi isu kutipan sampah, Kerajaan Negeri telah meluluskan beberapa cadangan dan langkah interim melalui MMKN Ke 16/2015 yang diadakan pada 13 Mei 2015 dan disahkan oleh MMKN Ke 17/2015 pada 20 Mei 2015 antaranya ialah

    • PBT diarahkan mengguna pakai Garis Panduan Pelantikan Kontraktor di Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor sebagai asas Perjanjian Tahap Perkhidmatan (SLV) yang telah diselaraskan oleh pihak MBSA;

     

    • PBT diarahkan memulakan penggunaan Penilaian Prestasi Kontraktor Kutipan Sampah bermula pada bulan Jun 2015 dan mengemukakan laporan bulanan prestasi kontraktor selewat-lewatnya 15 hari bulan, bulan berikutnya dengan menggunakan Skala Prestasi dan SOP yang telah dipersetujui dalam dokumen penyeragaman sebagai asas Perjanjian Tahap Perkhidmatan (SLA);

     

    • Semua PBT diingatkan supaya mempertingkatkan tindakan penguatkuasaan ke atas isu pengurusan kutipan sampah dan pembersihan awam di kawasan masing-masing bagi memastikan tiada pihak yang tidak bertanggungjawab membuang sampah secara

     

Lampiran

Tiada Lampiran.