KESEJAHTERAAN MASYARAKAT BANDAR
160) KESEJAHTERAAN MASYARAKAT BANDAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan usaha-usaha dan program khusus berkaitan dengan kesejahteraan Masyarakat Bandar yang telah dirancang dan dilaksanakan?
Pelbagai usaha berkaitan dengan kesejahteraan Masyarakat Bandar yang telah dilaksanakan di peringkat PBT, antaranya adalah:
Mewujudkan kawasan tumpuan awam secara berpusat dalam perancangan pemajuan yang difokuskan dalam bentuk kemudahan masyarakat seperti dewan, tadika, ruang niaga dan kawasan riadah/rekreasi.
- Merancangkan aktiviti/perancangan sosial bersama masyarakat seperti program gotong-royong, program kesihatan dan senaman, kempen keselamatan, sambutan perayaan dan
- Menggalakkan jalinan kerjasama antara PBT, komuniti dalam penjagaan keselamatan melalui penubuhan Community Policing, Skim Rondaan Sukarela dan Rukun
Antara program khusus yang telah dilaksanakan di PBT adalah seperti:
i. Program Sejahtera Komuniti (SEJATI)
- Golongan Orang Kurang Upaya (OKU)
- Golongan Miskin Bandar / Berpendapatan Rendah
ii. Projek ‘PJ CITY FOOD BANK’
- Merupakan pusat bagi pengumpulan makanan yang disumbangkan oleh syarikat pengeluar produk makanan, pasaraya, kilang, pengusaha makanan, restoran, hotel, kedai bakeri, syarikat swasta dan orang perseorangan yang seterusnya akan disumbangkan kepada rumah-rumah kebajikan seperti rumah anak-anak yatim, rumah orang tua, pusat jagaan orang kurang upaya, persatuan ibu-ibu tunggal dan
- Pengiktirafan Kepada Komuniti (Pertandingan Zon Bersih Mini) Penganjuran program tersebut adalah bertujuan bagi memupuk kesedaran dan budaya cintakan kebersihan melalui penglibatan komuniti. Program pendidikan dan pendedahan kepada masyarakat berhubung penerapan konsep LA21 dan dipertandingkan di peringkat MPP Zon.
- Jaringan Komunikasi dan Silaturahim (Program Seminar MPP) Program ini adalah merupakan usaha murni pihak Majlis dengan memberi peluang kepada Persatuan Penduduk / Komuniti Shah Alam untuk meningkatkan tahap keperluan penduduk melalui pembentangan kertas kerja /cadangan kepada pihak Majlis Bandaraya Shah
- Program Masyarakat Prihatin – Penyediaan Bas Percuma
- Local Agenda 21
