KOLAM TAKUNGAN AIR

198) KOLAM TAKUNGAN AIR

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah benar Kerajaan Selangor akan membina kolam-kolam takungan air di sepanjang tebing-tebing sungai yang telah dikenalpasti, sebagaimana kenyataan JPS, di Sungai Langat sahaja 8 buah akan dibina?

    Bagi pembangunan tanah yang melebihi 25 ekar, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor akan mensyaratkan agar kolam takungan disediakan oleh pihak pemaju di dalam kawasan pembangunan untuk mengawal aliran air larian daripada tapak supaya tidak membebani sungai di hilirnya. Manakala bagi pembangunan tanah yang kurang daripada 25 ekar, Kerajaan Negeri akan mensyaratkan agar ‘On Site Detention System (OSD)’ seperti ‘underground tank’ perlu disediakan oleh pihak pemaju untuk menyimpan air larian hujan. Bilangan kolam yang akan dibina adalah bergantung kepada keperluan di tapak mengikut kepada syarat-syarat yang telah

Lampiran

Tiada Lampiran.