TANAH PERKUBURAN BERSEPADU
214) TANAH PERKUBURAN BERSEPADU
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Pendirian kerajaan terhadap Tanah Perkuburan Bersepadu
Sebagaimana yang dijelaskan di dalam sidang dewan yang lepas, Kerajaan Negeri telah menjalankan Kajian Inventori Tanah Perkuburan dan Keperluan Perkuburan Sehingga Tahun 2060 di Negeri Selangor. Hasil kajian tersebut, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk melaksanakan konsep Perkuburan Wilayah Bersepadu (PWB) di Negeri Selangor mengikut lokasi dan wilayah- wilayah kedudukan PBT. Kajian ini turut merumuskan penawaran tapak-tapak perkuburan semasa dan keperluan perkuburan di Negeri Selangor untuk tempoh 50 tahun iaitu sehingga tahun 2060. Cadangan tapak-tapak PWB dikenalpasti mengikut kewujudan tapak, kadar kemudahan sampaian dan kemudahan aksesibiliti untuk perkongsian bersama antara PBT yang berhampiran bagi memenuhi keperluan penduduk setempat dan PBT
Sebagai cadangan awal, sejumlah empat (4) tapak perkuburan dengan jumlah keluasan 300.63 hektar (742.87 ekar) telah dikenalpasti untuk dijadikan tapak perkuburan yang dicadangkan mengikut tampungan di 3 zon utama iaitu Zon Utara, Zon Selatan dan Zon Timur.
Sehingga kini, Kerajaan Negeri telah mengenalpasti keutamaan cadangan penyediaan tapak kawasan PWB untuk tujuan pengambilan tanah seperti berikut :
- Lot 3366 PN 11948 Mukim Labu, Daerah Sepang (100 ekar) ;
- Lot 5758 GRN 80611 Mukim Dengkil, Daerah Sepang (100 ekar) ; dan
- 303 lot di Mukim Hulu Semenyih, Daerah Hulu Langat (165.79 ekar)
Namun demikian, kajian terperinci perlu disediakan untuk memuktamadkan cadangan tapak-tapak tersebut.
Bagi perancangan jangka pendek, Kerajaan Negeri akan menggunakan kawasan perkuburan sedia ada dengan penggunaan secara optimum.
