KEMAJUAN INDUSTRI ASAS TANI

118) KEMAJUAN INDUSTRI ASAS TANI

Tahun:

Sesi:

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah strategi baru Kerajaan Negeri untuk memajukan industri asas tani di Selangor?

    Jabatan Pertanian Negeri Selangor telah merangka beberapa strategi bagi memajukan lagi industri asas tani di Negeri Selangor seperti mana di dalam Rancangan Malaysia Ke-11. Antaranya ialah dengan menggalakkan usahawan untuk meningkatkan pengeluaran produk menerusi penggunaan mesin dan teknologi terkini menerusi insentif bantuan mesin dan peralatan. Selain itu, usahawan bimbingan Jabatan akan sentiasa dipantau kebersihan premis dan bengkel pemprosesan agar sentiasa bersih dan mengamalkan Amalan Pengilangan Yang Baik (Good Manufacturing Practices, GMP). Pihak Jabatan menerusi insentif bantuan menaiktaraf bengkel pemprosesan adalah bagi meningkatkan bilangan bengkel pemprosesan makanan yang mendapat pensijilan GMP. Selain itu, program peningkatan pembungkusan dan analisa mikrobiologi dan kandungan nutrisi juga diteruskan bagi menambahbaik pembungkusan dan meningkatkan kualiti produk usahawan bimbingan. Pihak Jabatan juga menggalakkan usahawan menyertai dan mengadakan promosi dan jualan di peringkat tempatan dan antarabangsa

Lampiran

Tiada Lampiran.