PERUNTUKAN PEMBANGUNAN KEPADA JKR DAN JPS PADA TAHUN 2015
165) PERUNTUKAN PEMBANGUNAN KEPADA JKR DAN JPS PADA TAHUN 2015
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa banyak peruntukan pembangunan JKR dan JPS pada tahun 2015 dan berapa banyak daripadanya telah dibelanjakan?
Bagi tahun 2015, Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan peruntukan pembangunan sebanyak RM320 juta kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) manakala sejumlah RM47 juta kepada pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Daripada jumlah tersebut, pihak JKR telah membelanjakan/tanggungan sejumlah RM164,370,887.89 (51.35%) manakala pihak JPS telah membelanjakan sejumlah RM13,084,064.20 (27.8%) sehingga 31 Julai 2015.
