KUOTA OKU DI PEJABAT KERAJAAN
182) KUOTA OKU DI PEJABAT KERAJAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sejauh manakah kuota OKU telah diisi di setiap jabatan dibawah Kerajaan Negeri Selangor ?
a) Berdasarkan data perjawatan yang dikemas kini sehingga 30 Jun 2015, seramai 72 orang pegawai Orang Kurang Upaya (OKU) yang telah dilantik daripada pelbagai skim dan gred di 42 Jabatan/ Agensi/ Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Badan Berkanun Negeri (BBN) di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.
