PEMBANGUNAN WANITA BERDAYA

92) PEMBANGUNAN WANITA BERDAYA

Tahun:

Sesi:

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peruntukan PWB untuk setiap DUN dalam setahun?

    Tiada peruntukan khas PWB disediakan untuk setiap DUN dalam setahun. Peruntukan diberikan melalui permohonan pelaksanaan program atau aktiviti oleh PWB yang berkaitan.

    Sebagai makluman sehingga Januari 2014, sejumlah RM645,000.00 telah dibelanjakan bagi tujuan penyediaan peralatan asas dalam melaksanakan aktiviti PWB berkaitan.

    Manakala, perbelanjaan bagi pelaksanaan program dan latihan di peringkat PWB adalah berjumlah RM317,500.00.

Lampiran

Tiada Lampiran.