PERLOMBONGAN PASIR SELANGOR

107) PERLOMBONGAN PASIR SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah masa pendek dan masa panjang yang diambil oleh kerajaan Selangor untuk menyelesaikan masalah perlombongan pasir secara haram?

    Antara langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan/menangani masalah perlombongan pasir haram adalah seperti berikut :-

    • Melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap aktiviti perlombongan pasir haram di bawah Kanun Tanah Negara (KTN) 1965, termasuklah serbuan dan sitaan di lokasi-lokasi operasi pengkestrakan pasir haram yang dikenalpasti melalui laporan awam ataupun pemantauan Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS), Pejabat Tanah Daerah (PTD), atau Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB). Statistik tangkapan melalui Ops Bahan Batuan yang telah dilaksanakan dari tahun 2010 hingga Mac 2014 dikemukakan seperti di Lampiran A;
    • Memperuntukkan RM 1juta setahun sebagai langkah memberi insentif imbuhan kepada orang awam dan juga mana-mana agensi dalam membantu menyelesaikan isu-isu perlombongan pasir haram ini mengikut Pekeliling Pengarah Tanah Galian Selangor Bil.10/2010;
    • Melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 21/2010 yang diadakan pada 16 Jun 2010, Kerajaan Negeri telah bersetuju agar ganjaran sehingga RM5,000.00 diberikan kepada mana-mana individu atau pasukan yang berjaya merampas barang/jentera yang terlibat dengan aktiviti pengeluaran pasir secara tidak sah;
    • Selain itu, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 38/2010 yang bersidang pada 20 Oktober 2010 juga telah memutuskan supaya ganjaran sebanyak RM5,000.00 hingga RM20,000.00 diberikan kepada Pejabat

    Tanah Daerah yang melakukan tindakan perampasan tanah untuk pelanggaran syarat di bawah Seksyen 128 KTN 1965 bagi tanah berimilik yang terlibat dengan aktiviti pengeluaran pasir secara tidak sah; dan

    1. Sebagai langkah jangka masa panjang Kerajaan Negeri telah menubuhkan

    Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) pada 26 Jun 2008 sebagai anak syarikat Kerajaan Negeri dalam menguruskan pengekstrakan pasir di dalam Negeri Selangor bagi tujuan memaksimakan pendapatan Kerajaan Negeri dari aktiviti perlombongan pasir ini. Dengan pengwujudan KSSB ini juga, penguatkuasaan ke atas perlombongan secara haram dapat dipantau dengan lebih menyeluruh dan berterusan. Semenjak penubuhan KSSB, jumlah pendapatan hasil (royalti) pasir di Negeri Selangor telah menunjukkan peningkatan setiap tahun dan butirannya seperti di Lampiran B.

Lampiran

Tiada Lampiran.