WIFI UNTUK RAKYAT
112) WIFI UNTUK RAKYAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan negeri menyediakan kemudahan WIFI percuma untuk rakyat?
Pada tahun 2013, dengan menggunakan peruntukan Geran Selangorku, Kerajaan Negeri Selangor telah menambah lokasi perkhidmatan WiFi untuk rakyat negeri Selangor sebanyak 112 lokasi di seluruh Negeri Selangor. Penambahan lokasi ini meliputi kawasan bandar dan luar bandar.
Setiap DUN diperuntukkan sebanyak 2 lokasi. Bagi mengenal pasti kawasankawasan terpilih, setiap DUN telah diminta untuk mengemukakan cadangan kepada STANDCO Sains, Teknologi dan Inovasi bagi memastikan semua mendapat kemudahan ini.
