PEMBANGUNAN FLY OVER MERENTASI JALAN TOL SUNGAI RASA KE SEKSYEN 7 SHAH ALAM

166) PEMBANGUNAN FLY OVER MERENTASI JALAN TOL SUNGAI RASA KE SEKSYEN 7 SHAH ALAM

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah kos pembinaan Fly Over tersebut?

    Projek Persimpangan Bertingkat dari Lebuhraya Persekutuan ke Kawasan Pembangunan Seksyen 7, Shah Alam adalah milik Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) di mana Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di lantik sebagai pengurus projek. PKNS telah menjalankan tender terbuka bagi pelaksanaan projek ini dan berdasarkan dasar Kerajaan Negeri iaitu ‘value for money’ dan pemilihan harga terendah, PKNS telah menganugerahkan  projek ini kepada syarikat PKNS Infra Berhad dengan kos projek berjumlah RM45.9 juta.

Lampiran

Tiada Lampiran.