PENGURUSAN SISA PEPEJAL SELANGOR
179) PENGURUSAN SISA PEPEJAL SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah sistem pengurusan sisa pepejal yang digunakan oleh kerajaan Selangor yang mampu mengatasi masalah sampah yang sedia ada?
Jawapan dari UPEN MAKRO.
Pada masa ini, Kerajaan Negeri mempunyai dua (2) buah tapak pelupusan sanitari, sebuah transfer station sampah, tiga (3) buah tapak pelupusan sisa lengai dan tiga (3) buah tapak pelupusan sampah secara terbuka. Tapak-tapak tersebut adalah seperti di Lampiran 1.
Sistem pengurusan sisa pepejal yang digunapakai Kerajaan Selangor adalah bersifat konvensional iaitu pemprosesan akhir di tapak pelupusan sampah dan dibantu oleh transfer station. Satu Jawatankuasa Task Force Pengurusan Sisa Pepejal telah diwujudkan bagi mengkaji serta mencadangkan kepada Kerajaan Negeri samada keperluan menggunakan teknologi pelupusan sisa pepejal seperti insinerator, Refuse Derive Fuel (RDF), Waste To Energy (WTE) atau teknologi seumpamanya bagi meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan.
