KAWALAN POPULASI NYAMUK AEDES MELALUI NYAMUK PEMANGSA TOXO

180) KAWALAN POPULASI NYAMUK AEDES MELALUI NYAMUK PEMANGSA TOXO

Tahun:

Sesi:

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah keputusan dan keberkesanan pelepasan nyamuk gajah atau Toxorhynchites (Toxo) dewasa di hutan Pangsapuri Sri Tanjung, USJ 16 dan Kampung Seri Amana di bawah Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bagi mengurangkan populasi nyamuk Aedes pada tahun 2013?

    Kawalan populasi nyamuk aedes melalui nyamuk pemangsa Toxo masih di dalam peringkat kajian.  Hasil pemerhatian awal menunjukkan ada penurunan kes denggi di lokasi kajian seperti di lokasi kajian di Kg Sri Aman, menunjukkan tiada kes denggi dilaporkan selama lebih kurang 11 bulan selepas pelepasan Toxo kali ketiga (daripada 5 pelepasan)

    Walau bagaimanapun, penggunaan nyamuk Toxo untuk mengurangkan populasi nyamuk aedes hanya sesuai dijalankan di kawasan yang banyak tumbuhan dan pokok.

Lampiran

Tiada Lampiran.