SUBSIDI PERUMAHAN

189) SUBSIDI PERUMAHAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Program MyHome Kerajaan Persekutuan memberikan subsidi pembelian rumah sehingga RM30 ribu. Adakah kerajaan negeri bercadang dan mampu memberikan subsidi sedemikian?

    Untuk makluman, Kerajaan Negeri melalui Dasar Rumah Selangorku yang dilancarkan pada tahun 2014 telah memastikan rumah mampu milik yang selesa akan dibina di Negeri Selangor. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM450juta untuk pembinaan Rumah Mampu Milik dimana tapak-tapak di kawasan strategik disediakan oleh Kerajaan Negeri dan kos tapak adalah dalam lingkungan RM50,000 seunit (RM50 skp). Ini beerti Kerajaan Negeri telah member subsidi pada jumlah yang lbeih daripada Program MyHome. Pembeli hanya akan membayar kos rumah dan infrastruktur seperti Projek Sungai Sering. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri tidak bercadang memberikan subsidi pembelian rumah seperti Program MyHome.

    Setakat ini, tiada diskaun yang diberikan kepada pembeli bagi rumah yang dibina oleh anak syarikat Kerajaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.