PENSTRUKTURAN AIR
206) PENSTRUKTURAN AIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bilakah proses penstrukturan ini akan tamat?
Langkah untuk menyusun semula Industri Perkhidmatan Air di Negeri Selangor adalah selaras dengan hasrat dan matlamat Kerajaan Persekutuan untuk menyusun semula industri perkhidmatan air ke arah satu perkhidmatan yang efisien, efektif, berdaya saing dan mapan. Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) ke 21/2007 yang bersidang pada 11 Julai 2007, telah bersetuju dengan penyusunan semula Pemegang Konsesi Air Selangor di bawah satu konsortium yang akan diterajui oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).
Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KTTHA) melalui surat bertarikh 11 Februari 2008 telah memaklumkan Kerajaan Negeri Selangor bahawa melalui Mesyuarat Jemaah Menteri pada 16 Januari 2008 telah menimbangkan dan memutuskan:-
- supaya KDEB mengambil alih operari danpenyelengggaraan bagi rawatan dan pembekalan air di Negeri Selangor,Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya termasuk Loji Langat 2; dan
- supaya Kerajaan Negeri Selangor bekerjasama dengan Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dalam melaksanakan penstrukturan semula perkhidmatan air di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya secara holistik. KDEB akan menjadi peneraju utama dalam konsortium baru.
Pada 22 Januari 2008, PAAB telah memberikan taklimat kepada Kerajaan Negeri Selangor menerangkan mengenai peranan PAAB di dalam penstrukturan semula industri perkhidmatan air negara.
Rundingan dan perbincangan telah diadakan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan KTTHA semenjak tahun 2008. Beberapa siri perbincangan juga telah diadakan di antara YAB Dato’ Menteri Besar Selangor dengan YB Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air bermula dari 20 April 2009.
Bagi merealisasikan penstrukturan semula ini, beberapa tawaran pengambilalihan telah dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada Syarikat
Pemegang Konsesi Air sedia ada dan statusnya adalah seperti berikut:-
Tawaran/ Nilai tawaran JUMLAH (RM/JUTA)
Status 13.02. 2009 5,709 Ditolak oleh kesemua Pemegang Konsesi 25. 06.2009 9,218 • ABASS dan SPLASH bersetuju menerima tawaran • SYABAS dan Puncak menolak tawaran
31.01.2010 9,227 Ditolak oleh kesemua Pemegang Konsesi 20.2.2013 9,651 • ABASS dan SPLASH bersetuju dengan syarat • Puncak Niaga Holdings iaitu pemegang saham SYABAS dan Puncak memaklumkan bahawa mereka tidak dapat mempertimbangkan tawaran itu tetapi menyatakan kesediaan untuk perbincangan lanjut mengenai tawaran masing-masing.
21.11.2013 9,651 • ABASS bersetuju dengan syarat • Puncak Niaga Holdings dan SPLASH menolak tawaran.
Kerajaan Negeri Selangor telah mensyaratkan di dalam setiap tawaran, sekiranya tawaran tersebut tidak dipersetujui oleh syarikat konsesi dari segi tawaran, maka Kerajaan Negeri Selangor bersedia merujuk perkara berkaitan nilaian tersebut kepada Badan Timbang Tara Bebas Antarabangsa (Independent International Arbitration). Kerajaan Negeri Selangor berpandangan bahawa rujukan kepada Badan Timbang Tara Bebas ini adalah bertujuan untuk menentukan fair market value di mana semua pemegang saham di dalam syarikat konsesi akan dibayar pampasan yang adil dan munasabah. Tidak ada mana-mana pihak yang akan mengalami kerugian dari pelaburan yang telah mereka buat di dalam industri tersebut.
Walaupun beberapa tawaran pengambilalihan serta usaha gigih KNS untuk berunding dan berbincang bersama dengan pihak Pemegang Saham Syarikat Konsesi Air Selangor, namun cadangan penstrukturan semula Syarikat Konsesi Air Selangor masih belum mencapai persetujuan bersama untuk dimuktamadkan pada tarikh tamat tempoh rundingan iaitu 31 Disember 2013. Faktor utama yang menyebabkan kegagalan tersebut adalah disebabkan oleh tuntutan melampau mengenai anggaran nilai ekuiti Pemegang Konsesi Air. Justeru itu, Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju dengan hasrat Kerajaan Persekutuan sebagaimana yang telah dimaklumkan oleh YB Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air melalui surat bertarikh 09 September 2013, bagi mengambil alih kawalan Syarikat-syarikat Konsesi Air Negeri Selangor dengan mengguna pakai peruntukkan Seksyen 114 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (“WSIA”).
Sekiranya penstrukturan semula ini tidak dapat dimuktamadkan sebagaimana yang dirancang oleh Kerajaan Negeri Selangor, maka industri perkhidmatan air sedia ada akan dibebankan dengan masalah-masalah utama yang akhirnya boleh merugikan rakyat dan menjejaskan operasi industri itu. Antara masalah utama yang telah dikenal pasti oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah seperti berikut:-
- kekangan aliran tunai yang dihadapi oleh SYABAS hingga menyebabkan SYABAS berada dalam keadaan keberhutangan yang sangat meruncing dan boleh menyebabkan kegagalan dalam membayar harga pembelian air dengan penuh kepada Operator Rawatan Air di mana ini mengakibatkan SYABAS mempunyai tanggungan jumlah tertunggak kepada operator rawatan air dianggarkan sebanyak RM5.0 billion yang akan terus meningkat;
- kekangan aliran tunai SYABAS telah menyebabkan bayaran separa 42% dibayar kepada Operator Rawatan Air yang sekali gus turut menjejaskan aliran tunai Operator Rawatan Air yang mana jika tidak diatasi boleh menjejaskan operasi;
- SYABAS tidak berjaya di dalam memenuhi obligasi di bawah Perjanjian Konsesi dalam mencapai sasaran pengurangan Non Revenue Water (NRW) sebanyak 20% seperti mana yang diperuntukkan di dalam Perjanjian Konsesi walaupun SYABAS telah diberikan bantuan kewangan dari Kerajaan Persekutuan untuk menangani masalah.
- Keadaan industri yang tidak holistik akan terus menyumbangkan kepada pengurusan air yang tidak cekap dan kos operasi yang sangat tinggi seperti kadar Bulk Supply Rate (BSR), Fixed Monthly Payment (FMP), kos yang mana semua kos ini akan dipindahkan kepada pengguna melalui kenaikan tarif yang tinggi lagi membebankan.
Kerajaan Negeri Selangor telah menunjukkan kesediaan untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) pada 26 Februari 2014 sebagai satu kesungguhan untuk bersama-sama menyelesaikan krisis industri air yang telah mencapai tahap kritikal bagi mengelakkan kepentingan rakyat terjejas.
Namun demikian, sehingga ini, Kerajaan Persekutuan masih belum membuat keputusan sewajarnya mengenai pemakaian Seksyen 114 Akta 655 walaupun pada asalnya cadangan untuk menguatkuasakan peruntukan seksyen tersebut dibangkitkan sendiri oleh Kerajaan Persekutuan sekiranya Kerajaan Negeri Selangor tidak dapat memuktamadkan pengambilalihan berdasarkan konsep willing seller willing buyer.
