PENJUALAN TANAH MILIK KERAJAAN NEGERI
111) PENJUALAN TANAH MILIK KERAJAAN NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah keluasan tanah milik Kerajaan Negeri yang telah dijual kepada anak-anak syarikat dari tahun 2008-2015.
Untuk makluman, pihak MBI tiada maklumat bagi kedua-dua soalan kerana pemberimilikan dan penjualan terus tanah milik Kerajaan Negeri melibatkan urusan Pejabat Tanah dan Galian (“PTG”) serta Pejabat Tanah Daerah (“PTD”).
Sebarang urusan pemberimilikan dan jualan terus memerlukan kelulusan daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (“MMKN”) dan ianya tidak dimaklumkan kepada MBI.
MBI hanya bertanggungjawab ke atas tanah yang diberi milik oleh Kerajaan Negeri kepada MBI sahaja.
