PROGRAM BANTUAN RUMAH SECARA SEWA BELI KEPADA RAKYAT MISKIN

181) PROGRAM BANTUAN RUMAH SECARA SEWA BELI KEPADA RAKYAT MISKIN

Tahun:

Sesi:

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah terdapat cadangan untuk membina lebih banyak rumah yang boleh dijual secara sewa beli kepada rakyat yang tidak layak membuat pinjaman bank?

    Untuk makluman Yang Berhormat, setakat ini tiada cadangan untuk Kerajaan Negeri membina rumah yang boleh dijual secara sewa beli kepada rakyat yang tidak layak membuat pinjaman bank. Kerajaan Negeri hanya menyediakan Skim Pembiayaan Perumahan Selangorku (Dana-Sel) yang berkonsepkan sewa dan milik bagi tujuan pembelian Rumah Selangorku Jenis A di seluruh Negeri Selangor yang dibina oleh pemaju swasta.

Lampiran

Tiada Lampiran.