PERUSAHAAN TERNAKAN UDANG

195) PERUSAHAAN TERNAKAN UDANG

Tahun:

Sesi:

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Mengapakah kolam-kolam ternakan udang yang ada di Mukim Api-Api Kuala Selangor banyak terbiar?

    Sejak tahun 2011, ternakan udang laut mengalami masalah kematian akibat dari Early Mortality Syndrome (EMS). Situasi ini bukan sahaja berlaku di Negeri Selangor malah seluruh dunia yang menjalankan aktiviti ternakan udang laut. EMS menyebabkan benih udang mati secara banyak dan dalam tempoh yang berpanjangan. Menurut kajian, ia bukanlah jangkitan virus atau bakteria. Bagi mengatasi masalah ini, pengurusan ladang perlu ditingkatkan. Kerugian akibat kematian dan peningkatan kos operasi melalui pengurusan  menyebabkan banyak penternak kekurangan modal dan tidak dapat meneruskan aktiviti ternakan.

    DAERAH BILANGAN KOLAM UDANG
    Kuala Langat 71
    Kuala Selangor 27
    Sabak Bernam 20
    Sepang 1
    Jumlah 119

Lampiran

Tiada Lampiran.