JALAN BENDANG DI JELAPANG PADI SELANGOR

212) JALAN BENDANG DI JELAPANG PADI SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan berapakah jumlah peruntukan tahunan yang disalurkan khusus untuk menaiktaraf dan membaiki jalan bendang di Sekinchan?

    Hasil Mesyuarat Penyelarasan antara agensi dan daerah yang telah dipengerusikan oleh Jurutera Projek IADA Barat Laut Selangor pada Januari tahun 2015 yang lalu telah memutuskan bahawa jalan-jalan di kawasan jelapang padi dibaiki dan dinaiktaraf oleh pihak IADA. Manakala bagi penyelenggaraan sistem perparitan, struktur pengairan seperti palong dan sebagainya adalah berada di bawah seliaan dan tanggungjawab Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor.

    Antara kerja baikpulih jalan ladang yang telah dilaksanakankan adalah kerja- kerja membaikpulih jalan ladang dengan crusher run (patching) dan membaikpulih runtuhan tebing parit serta kerja-kerja berkaitan di Jalan PS 2, Kawasan Pengairan Sekinchan, IADA Barat Laut Selangor berjumlah RM97,405.00 melalui peruntukan dari persekutuan.

Lampiran

Tiada Lampiran.