KEMUDAHAN AHLI MAJLIS MESYUARAT

68) KEMUDAHAN AHLI MAJLIS MESYUARAT

Tahun:

Sesi:

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh kerajaan untuk DatoÕ, Menteri Besar?

    Selaras dengan Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) 1980 yang berkuatkuasa mulai 1 Julai 1980, Menteri Besar selaku Anggota Pentadbiran layak diberi saraan berupa gaji bulanan dan berhak selain daripada gaji, mendapat elaun-elaun bulanan yang kena dibayar kepadanya sebagai Ahli Dewan Negeri. Sebagai Anggota Pentadbiran juga, Menteri Besar berhak mendapat apa-apa elaun dan keistimewaan lain mengikut apa-apa kadar dan atas apa-apa had dan syarat sebagaimana ditentukan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dari masa ke semasa. Menurut seksyen kecil (3) seksyen 6 Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) 1980, Majlis Mesyuarat Kerajaan menentukan supaya elaun-elaun dan keistimewaan bagi Menteri Besar adalah layak dinyatakan atas kadar-kadar dan syarat-syarat yang ditetapkan antaranya ialah elaun keraian, kelayakan perjalanan, kemudahan perubatan termasuk di beberapa hospital swasta yang disenaraikan dan lain-lain yang ditentukan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dari masa ke

Lampiran

Tiada Lampiran.