DASAR RUMAH SELANGORKU
149) DASAR RUMAH SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah matlamat dan konsep Dasar Rumah Selangorku ini?
Dasar Rumah Selangorku telah diperkenalkan bermula pada 1 Januari 2014 bagi menggantikan Dasar Perumahan sebelum ini yang dikenali sebagai Dasar 20:20:10 atau 20:10:10 yang mana ia telah digunapakai sejak sebelum tahun 2000 lagi. Pengenalan Dasar Rumah Selangorku ini adalah bermatlamat supaya dasar perumahan mampu milik yang dirangka ini lebih relevan untuk dipratikkan selaras dengan trend pembangunan kawasan kediaman dan keadaan ekonomi semasa, kepelbagaian dari segi jenis, saiz dan reka bentuk, mengambil kira pendapatan di bawah RM3,000.00 sehinggalah pendapatan RM8,000.00 sebulan serta penyediaan rumah di antara RM42,000.00 sehingga RM250,000.00.
Dasar Rumah Selangorku ini juga diperkenalkan setelah mengambil kira penemuan hasil Kajian Menyeluruh Berkenaan Jenis Kediaman Mampu Milik Berdasarkan Pendapatan Isi Rumah di Kawasan Lembah Klang yang telah dijalankan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dengan kerjasama Unit Perundingan Universiti Malaya (UPUM) sejak tahun 2010 lagi. Hasil penemuan kajian tersebut adalah seperti berikut:
- Jurang harga yang ketara di antara rumah kos rendah dengan rumah harga bebas di pasaran;
- Kekurangan pilihan dari segi jenis rumah harga sederhana;
- Ketidakmampuan pembeli yang berpendapatan sederhana rendah dan sederhana khususnya golongan muda (pasangan muda) untuk memiliki rumah; dan
- Rekabentuk rumah kurang menarik dan kemudahan-kemudahan yang tidak mencukupi sehingga menimbulkan ketidakselesaan pada penghuni khususnya perumahan kos
