RM15,785,552 UNTUK PEJABAT KORPORAT PKNS

159) RM15,785,552 UNTUK PEJABAT KORPORAT PKNS

Tahun:

Sesi:

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah benar kos sewa, perpindahan dan ubahsuai pejabat PKNS di Seksyen 13 Shah Alam berjumlah RM15,785,552.00?

    Pada tahun 2007, PKNS telah menandatangani Perjanjian Jualbeli dengan Bisraya Construction Sdn. Bhd. untuk menjual tapak tanah Ibu Pejabat PKNS di Petaling

    Pada cadangan asal, syarikat akan menyiapkan pejabat korporat PKNS yang baru di tapak asal seluas 1.2 ekar dengan nilai RM74.0 juta. Namun begitu, setelah kajian semula dibuat, didapati adalah lebih menguntungkan jika PKNS berusahasama dengan  syarikat  untuk  memajukan  keseluruhan  tapak tersebut. Jumlah keseluruhan pembangunan akan memberikan pulangan GDV berjumlah RM1.8 billion, yang mana pulangan GDV kepada PKNS bersamaan dengan RM540.0 juta.

    Memandangkan tapak di Petaling Jaya telah mendapat kelulusan Kebenaran Merancang, PKNS perlu berpindah secara sementara sehingga Ibu Pejabat PKNS baru di Shah Alam siap dalam tempoh 18 bulan. PKNS telahpun memastikan semua ruang-ruang kosong di bangunan milik PKNS sedia ada seperti di Menara PKNS-PJ dan Kompleks PKNS Shah Alam diisi terlebih dahulu oleh anggota-anggota PKNS sebelum berpindah ke bangunan milik swasta

    di I-9, Shah Alam. Tidak dapat dinafikan bajet asal berpindah adalah berjumlah RM15.7 juta. Namun begitu, kos sebenarnya hanyalah dalam lingkungan RM12.2 juta sahaja. Kos ini telah diambilkira sebagai sebahagian daripada pulangan pembangunan yang akan diterima oleh PKNS.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.