SASARAN PELANCONGAN

215) SASARAN PELANCONGAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berdasarkan data kehadiran pelancongan ke Selangor sekitar 5 Ð 6 juta orang setahun berbanding sasaran 10 juta menjelang 2018. Apakah strategi kerajaan untuk memastikan sasaran ini tercapai?

    Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor Sdn. Bhd. (TSSB) akan terus memainkan peranan penting dalam mempromosikan Negeri Selangor sebagai salah satu destinasi pelancongan yang unik di Malaysia. Antara strategi yang diambil bagi memastikan sasaran kehadiran pelancong tercapai adalah seperti berikut :

    i. Melancarkan Program Tahun Melawat Selangor 2015

    Kerajaan Negeri telah memilih tahun 2015 sebagai Tahun Melawat Selangor. Pelbagai acara telah dirancang dan akan dijalankan sepanjang tahun bagi menarik kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara ke Negeri Selangor.

    ii. Memperbanyakkan Aktiviti Promosi Pelancongan

    Kerajaan Negeri Selangor melalui TSSB menjalankan aktiviti promosi sama ada di dalam mahupun luar negara untuk memperkenalkan semua produk pelancongan di Negeri Selangor. Berikut adalah beberapa siri promosi luar negara yang telah disertai pada tahun 2013 dan yang bakal disertai pada tahun 2014:-

    BIL. TAHUN AKTIVITI
    1. 2013 Ø   Asean Tourism Forum, Laos

    Ø   Asean Travel Mart Dubai

    Ø   North China Tourism Fair (NCTF) 2013, Beijing

    Ø   Indonesia Travel Expo

    Ø   India (South Asia Travel & Tourism Exhibition – SATTE 2013)

    Ø   Malaysia Truly Asia Travel Fair, Singapore

    2. 2014 Ø   Asean Tourism Forum, Sarawak

    Ø   Sales Mission to India

    Ø   Arabian Travel Mart Dubai

    Ø   Selangor Meets Indonesia

    Ø   ITB Asia Singapura

    Ø   Sales Mission to China

    iii. Penganjuran Pelbagai Acara Pelancongan

    Pelbagai acara pelancongan telah dirancang dan bakal dilaksanakan pada tahun 2014 bagi menarik lebih ramai pelancong. Antara acara tersebut adalah seperti berikut:-

    • Malaysia Women Marathon 2014 (MWM)
    • Fiesta Sate Selangor
    • Festival Bon Odori 2014
    • Raja Muda Regatta 2014
    • Let’s Travel 9th Treasure Hunt On Wheels 2014
    • TS Day Out
    • TS Breakaway
    iv.    Melancarkan Pakej Pelancongan Terkini

    Kerajaan Negeri melalui TSSB juga telah melancarkan pelbagai pakej pelancongan yang menarik khusus untuk Tahun Melawat Malaysia 2014 dan Tahun Melawat Selangor 2015 merangkumi industri pelancongan kesihatan, membeli-belah, agro-pelancongan, eko-pelancongan, taman tema dan sebagainya.

    v. Pengagihan Rak Risalah Pelancongan

    Pengagihan rak risalah pelancongan kepada hotel-hotel dan agensi pelancongan turut dilaksanakan sebagai salah satu medium untuk mempromosikan pelancongan di Negeri Selangor.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.