RUMAH EXCO

86) RUMAH EXCO

Tahun:

Sesi:

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa kos penyelenggaraan untuk kompleks rumah EXCO di Seksyen 7 Shah Alam

    KOS PENYELENGGARAAN DI KOMPLEKS KEDIAMAN RASMI EXCO SEKSYEN 7, SHAH ALAM (DARI TAHUN 2008 HINGGA 2014).

    BIL TAHUN KOS KONTRAK PERKHIDMATAN KERJA

    INDEN/ LO

    JUMLAH
    1. 2008 RM 1,935,000.00 RM

    1,935,000.00

    2. 2009 RM 1,685,000.00 RM

    1,685,000.00

    3. 2010 RM 1,044,000.00 RM

    1,1044,000.00

    4. 2011 RM 993,900.00 RM993,900.00
    5. 2012 RM 335,255.00 RM

    115,290.00

    RM 450,545.00
    6. 2013 RM 136,560.00 RM

    82,833.00

    RM 219,393.00
    7. 2014

    (SEHINGGA

    APRIL 2014)

    RM 43,251.00 RM

    179,522.00

    RM 222,773.00

    Antara kerja-kerja baik pulih yang dilakukan di rumah Kediaman Rasmi EXCO di Seksyen 7 adalah seperti berikut :

    1. Kerja mengecat semula kawasan utama seperti bilik tidur utama, laluan koridor, ruang tamu, dewan makan utama, laluan tangga (bahagian luar rumah) dan bilik tidur.
    2. Kerja membuat tampalan sealant/ simen pada dinding yang retak.
    3. Menggantikan mentol lampu.
    4. Kerja menggantikan ‘fitting’ lama kepada baru pada keseluruhan rumah iaitu: pili air sinki, bottle trap, ‘flexible hose’, pili air tandas, shower mandi dan pelapik tandas.
    5. Kerja menyelenggara 13 Unit penghawa dingin termasuk kerja servis, menambah gas, membersihkan penapis udara dan komponen yang berkaitan.
    6. Kerja membaiki paip yang telah rosak di bahagian luar rumah. viii. Mengecat pintu dan rak televisyen yang telah lusuh.

Lampiran

Tiada Lampiran.