KEMUDAHAN TASKA DAN TADIKA DI TEMPAT BEKERJA
206) KEMUDAHAN TASKA DAN TADIKA DI TEMPAT BEKERJA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bagaimanakah kerajaan akan menetapkan agar kemudahan taska dan tadika di tempat bekerja perlu disediakan dalam permohonan kebenaran merancang (KM) untuk projek pembangunan kawasan komersial dan blok pejabat BUKAN KERAJAAN?
Pada masa kini tiada garis panduan khusus bagi tadika/ taska di tempat bekerja bagi premis bukan Kerajaan. Walau bagaimanapun PBT ada mempertimbangkan permohonan-permohonan tadika dan taska yang hendak dijalankan di pembangunan komersial dan blok pejabat di tingkat bawah & 1 sahaja dengan mengenakan syarat-syarat yang dikenakan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat. Manakala bagi pembangunan Pangsapuri Perkhidmatan, PBT akan mensyaratkan penyediaan taska/tadika 1 unit bagi setiap 200 unit kediaman berdasarkan Garis Panduan Manual Piawaian Perancangan Negeri Selangor Edisi 2 (November 2010).
