EKO-PELANCONGAN NEGERI SELANGOR

80) EKO-PELANCONGAN NEGERI SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Haji Zaidy Bin Haji Abdul Talib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan kerajaan Negeri dalam mempertingkatkan industri Eko- pelancongan bagi Negeri Selangor?

    Pelancongan Eko (eco-tourism) boleh dikatakan sebagai suatu kawasan yang mempunyai keunikan warisan flora dan fauna yang tinggi serta perlu

    Beberapa langkah telah diambil bagi pemuliharaan dan juga untuk mempertingkatkan industri Eko-pelancongan Negeri Selangor seperti :-

    1. Forum Pembangunan Pelancongan Mampan dan Mesra Alam Peringkat Negeri Selangor – 10 Jun 2014
    2. Wings of KKB 2014 : Selangor Birds Race – 26 April 2014
    • Tourism Selangor Day Out – 26 April 2014
    • Pembersihan Pantai Bagan Lalang Sepang sempena sambutan Hari Bumi Sedunia (World Earth Day) – 20 April 2014

    Di negeri Selangor terdapat banyak produk pelancongan eko dan ianya menjadi kunjungan ramai pelancong dalam dan luar negara pada setiap hari namun jumlah pengunjung semakin bertambah pada hujung minggu, cuti persekolahan dan juga musim perayaan.

    Kawasan eko pelancongan di negeri Selangor manjadi tumpuan warga kota kerana kedudukannya yang tidak begitu jauh daripada pusat bandar namun ketenangan dan kedamaian hutan hujan semulajadi yang terdapat disekitar

     

    Selangor mampu menghilangkan tekanan kesibukan kota serta memberi peluang rakan-rakan serta ahli keluarga untuk berehat, bermandi manda dan melakukan aktiviti reaksi bersama serta mampu merapatkan hubungan kekeluargaan.

    Semua kawasan eko pelancongan adalah merupakan kawasan sensitif alam sekitar serta berada di dalam kawasan hutan simpan ataupun hutan hujan semulajadi. Bagaimanapun, sebarang pembangunan di kawasan eko pelancongan perlu mendapat ulasan terperinci serta kebenaran daripada pihak berkuasa berkaitan. Oleh yang demikian, tidak banyak pembangunan fizikal dilakukan ditempat-tempat ini.

    Kemudahan yang dibina seperti yang terdapat di Hutan Lipur Kanching serta Hutan Lipur Komanwel dijalankan adalah berskala kecil yang lebih menumpukan kepada kemudahan dan keselesaan pengunjung serta wakaf tempat berehat, tandas, bilik persalinan dan surau. Tanggungjawab utama Kerajaan Negeri Selangor yang paling utama ialah untuk memastikan semua pembangunan yang dijalankan dapat dilaksanakan secara terkawal bagi memastikan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

    Buat masa kini Kerajaan Negeri Selangor melalui Tourism Selangor berperanan bukan sahaja memperkenalkan malah mempromosikan kawasan eko pelancongan bagi para pengunjung samada dari dalam dan luar negara. Pelbagai kaedah serta medium digunakan seperti media cetak iaitu surat khabar, majalah dan risalah turut disebarkan secara meluas bagi memberi maklumat terkini kepada para pengunjung. Laman sesawang Tourism Selangor iaitu www.tourismselangor.my juga berperanan penting dalam menyediakan maklumat serta panduan mudah untuk sampai ke produk pelancongan eko ini.

    Selain daripada Tourism Selangor yang sememangnya mempunyai jadual promosi dalam dan luar negara, ia juga turut mempromosikan produk pelancongan lain sekitar negeri Selangor. Maklumat yang disediakan adalah aktiviti yang boleh dijalankan atau disertai seperti aktiviti lasak dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda. Pakej-pakej juga turut disediakan seperti pakej hari keluarga, sukaneka ataupun pakej ’team building’ bagi menarik lebih ramai pengunjung.

    Selain daripada itu, kawasan pelancongan eko ini juga sering dikunjungi oleh syarikat-syarikat korporat dan swasta melalui program tanggungjawab sosial mereka. Keadaan ini mampu menanam rasa cinta dan sayang terhadap alam sekitar, kebersihan menjadi tonggak utama dan pemuliharaan alam turut dilakukan bagi menjaga kebersihan dan tidak melakukan kerosakan terhadap flora dan fauna yang ada di tempat tersebut.

     

     

    Berikut adalah kawasan tumpuan pelancongan eko yang terdapat di sekitar Negeri Selangor.

     

     

    Bil.

     

    Tempat / Destinasi

     

    Produk / Aktiviti

     

    1.

     

    Forest

     

    Research

     

    Institute

     

    Of

     

    Malaysia

     

    1)

     

    Jungle Tracking

      (FRIM)   2) Canopy Walkway
          3) Air Terjun
          4) Pendidikan Pameran
          5) Family Day
          6) Team Building
     

    2.

     

    Taman Alam Kuala Selangor

     

    1)

     

    Burung Hijrah

        2) Perkhemahan
        3) Pelbagai Flora Dan
          Fauna
     

    3.

     

    Kelip-Kelip Kampong Kuantan Kelip-Kelip Bukit Belimbing Kelip-Kelip Sg. Karang

     

    1)

    2)

    3)

     

    Kelip-Kelip Chalet Kraftangan

     

    4.

     

    Pusat Pemerhatian Burung Enggang Sg Karang.

     

    1)

     

    Burung Enggang

     

    5.

     

    Taman Botani Negara

     

    1)

     

    Pelbagai

     

    Flora

     

    Dan

          Fauna
        2) Rumah Cuaca 4
          Musim
        3) Skytrex
        4) Perkhemahan
        5) Chalet
        6) Dusun Buah Buahan
        7) Sawah Padi
     

    6.

     

    Santuari Ikan Kelah Sg Chiling

     

    1)

     

    Ikan Kelah

        2) Sungai
        3) Jungle Tracking

     

     

    7.

     

    Air Terjun Dan Sungai

     

    i.             Sungai Chongkak

    ii.             Sungai Tua

    iii.             Sungai Gabai

    iv.             Sungai Tekala

    v.             Hutan Lipur Kanching

    vi.             Taman Rimba Templer

    vii.              Taman Rimba Komanwel

    viii.              Air terjun Ulu Yam

    ix.             Air Terjun Sungai Sendat

    x.             Air Terjun Sg. Kedondong

    xi.             Air Terjun Sg. Pisang

    xii.              Air Terjun Semangkuk

    xiii.              Air Terjun Batu Asah

    xiv.              Air Terjun Sungai Lui

     

    1)      Perkelahan

    2)      Mandi Manda

    3)      Jungle Tracking

    4)      Team Buiding

     

    8.

     

    Kolam Abu Stesen Janakuasa Elektrik Kapar

     

    1)  Tempat              Selamat Datang Burung Hijrah

     

    9.

     

    Paya Indah Wetland

     

    1)      Pemeliharaan    Badak Air

    2)      Pemeliharaan Buaya

    3)      Pemeliharaan Mawas

    4)      Chalet

    5)      Kursus

     

    10.

     

    Pusat Konservasi Sungai Dusun

     

    1)      Pemeliharaan Tapir

    2)      Pemeliharaan Landak

    3)      Haiwan lain-lain

     

    11.

     

    Empangan Klang Gate

     

    1)  Permatang                             Kuarza (warisan UNESCO)

     

     

    12.

     

    Air Panas

     

    i.             Air Panas Dusun Tua

    ii.             Air Panas Kerling

    iii.             Kolam Air Panas Selayang

    iv.             Kolam Air Panas Hulu Tamu

     

    1)      Mandi Manda

    2)      Perkelahan

     

    13.

     

    Kawasan Bukit

     

    i.             Gunung Nuang

    ii.             Bukit Kutu

    iii.             Bukit Broga

    iv.             Bukit Tabur

    v.             Batu Caves (Wira Damai)

    vi.             Bukit Belacan

     

    1)      Mendaki

    2)      Base Jump

    3)      Repailing

     

Lampiran

Tiada Lampiran.