PEMBERIAN HAK MILIK TANAH YANG DIDIAMI MELEBIHI 15 TAHUN

139) PEMBERIAN HAK MILIK TANAH YANG DIDIAMI MELEBIHI 15 TAHUN

Tahun:

Sesi:

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Di kawasan DUN Dusun Tua didapati banyak tanah-tanah yang tidak diberi hak milik walaupun telah menduduki melebihi 15 tahun.

    1. Sebahagian tanah-tanah di kawasan DUN Dusun Tua, Daerah Hulu Langat telah digazetkan sebagai Tanah Rizab Melayu (TRM) dan kebanyakan penduduk yang menduduki kawasan tersebut merupakan orang bukan

     

    Merujuk kepada Enakmen Tanah Simpanan Melayu (FMS Cap 142), mana-mana tanah Kerajaan di dalam kawasan Rizab Melayu, ianya tidak boleh dijual, dipindahmilik, digadai, dipajak atau dilupuskan kepada orang bukan Melayu.

     

    Pemberimilikan Tanah Rizab Melayu secara TOL atau permit di bawah Kanun Tanah Negara (KTN) juga tidak boleh diberikan kepada orang bukan Melayu.

     

    Sehubungan itu, memandangkan penduduk di kawasan DUN Dusun Tua tersebut kebanyakkannya adalah orang bukan Melayu, maka hakmilik tidak boleh dikeluarkan kerana kawasan Dusun Tua telah diwartakan sebagai Tanah Rizab Melayu sebelum tempoh pendudukan mereka di kawasan tersebut.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.