SISTEM TENDER TERENDAH PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)
175) SISTEM TENDER TERENDAH PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kaji semula sistem tender 'Harga Terendah' di Pihak Berkuasa Tempatan untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan, kerana ia tidak menghasilkan perkhidmatan yang cekap dan baik
Selaras dengan arahan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor pada 14 Oktober 2014 iaitu semasa Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kewangan Negeri Selangor, Perbendaharaan Negeri Selangor telah menyediakan kertas ringkasan bagi mengkaji semula dasar perolehan semasa tanpa mengetepikan aspek integriti dan Value for Money. Kertas ringkasan berkaitan akan di bawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk persetujuan.
