MENTERI BESAR INCORPORATED

214) MENTERI BESAR INCORPORATED

Tahun:

Sesi:

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah fungsi dan peranan Menteri Besar Incorporated dalam pentadbiran Menteri Besar sekarang?

    Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) ditubuhkan di bawah Enakmen No. 3, Tahun 1994 Negeri Selangor di bawah kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang pada 18hb Mei 1994. Antara kegiatan utama Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) adalah bertindak sebagai “investment arm” bagi pihak Kerajaan Negeri di mana objektif penubuhannya adalah bagi melaksanakan pengawasan bersepadu yang berkesan ke atas pelaburan yang dibuat bagi pihak Kerajaan Negeri. Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) juga berperanan sebagai medium pelaksana bagi agenda Kerajaan Negeri Selangor melalui arahan

    Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor di samping mengambil alih fungsi Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SSI) sepenuhnya setelah badan itu di “dormankan”. Namun fungsi dan peranan di bawah pentadbiran YAB Dato’ MB baru masih belum diputuskan.

    Buat ketika ini jawatan Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi MBI masih lagi belum diisi dan kekosongan ini akan dipenuhi dalam masa terdekat. Segala operasi dan pentadbiran MBI dipantau oleh Lembaga Pengarah MBI yang terdiri daripada YAB Dato’ Menteri Besar Selangor selaku Pengerusi, YB Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri dan YB Dato’ Pegawai Kewangan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.