KEDIAMAN MAMPU MILIK
104) KEDIAMAN MAMPU MILIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Di dalam kawasan DUN Dengkil berapakah jumlah rakyat yang telah dibantu untuk memiliki rumah sendiri dari tahun 2008 hingga 2012?
Di dalam kawasan DUN Dengkil tiada rumah kos rendah atau rumah mampu milik yang dibina dari tahun 2008 hingga 2012. Ini kerana tiada pembangunan yang dilaksanakan oleh pemaju swasta. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri sedang mengenalpasti tapak-tapak tanah kerajaan yang sesuai untuk dibina rumah kos rendah atau rumah mampu milik dalam tempoh lima (5) tahun.
