AKUJANJI MENTERI BESAR
176) AKUJANJI MENTERI BESAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perincian isi kandungan aku janji tersebut?
Berikut merupakan perincian pada akujanji berkenaan:
- Memelihara dan menjunjung tinggi prinsip Rukun Negara.
- Memelihara dan melindungi kesucian dan keagungan agama Islam sebagai agama negeri dan kepercayaan orang Islam dari diganggu gugat oleh mana-mana pihak pada masa yang sama menghormati hak agama lain diamalkan oleh orang bukan beragama Islam.
- Memelihara kedaulatan institusi Raja dan mempertahankannya dari dicemari dan dari diganggu gugat oleh mana-mana pihak.
- Mematuhi segala arahan dan ketetapan yang dikeluarkan oleh DYMM Sultan Selangor dari masa ke semasa termasuk adab dan tatatertib semasa berada di istana dan ketika istiadat rasmi istana dilangsungkan.
- Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan pada masa yang sama kepentingan sah kaum lain sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.
- Melaksanakan tugas dengan integriti yang tinggi, penuh rasa tanggungjawab, amanah, jujur dan ikhlas.
- Mendahulukan rakyat sebagaimana selagi mana ianya tidak menjejaskan kepentingan kestabilan, kemakmuran dan keselamatan negara.
- Memastikan kestabilan, kemakmuran dan keselamatan negeri di tahap yang tertinggi dan memelihara hubungan baik dengan kerajaan persekutuan dan juga dengan negeri-negeri lain dalam persekutuan.
- Memelihara jawatan yang dipegang dari dicemari dengan perlakuanperlakuan yang menyalahi undang-undang.
- Memastikan perpaduan antara kaum dengan menitikberatkan semangat muhibah, tolak-ansur dan kerjasama antara kaum demi menjamin kestabilan dan keharmonian rakyat berbilang kaum di negeri Selangor.
