ISU MASYARAKAT INDIA

43) ISU MASYARAKAT INDIA

Tahun:

Sesi:

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah langkah yang dirancang kerajaan negeri untuk mewujudkan peluang pekerjaan di kalangan kaum India di Selangor

    Kerajaan Negeri Selangor tidak mempunyai dasar secara khusus untuk membantu kaum India bagi mendapatkan peluang pekerjaan yang baik di negeri

     

    Walau bagaimanapun, di bawah Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang, senantiasa peka akan arus perubahan dan peningkatan kos sara hidup yang tinggi pada masa kini dan sekali gus meningkatkan persaingan bagi mendapatkan pekerjaan yang baik dan mampu untuk menanggung segala keperluan semasa.

     

    Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang telah melaksanakan beberapa program motivasi di ladang – ladang bagi meningkatkan kesedaran dan keyakinan para pekerja ladang dan anak – anak pekerja ladang untuk memajukan diri bagi meningkatkan taraf hidup sosioekonomi mereka dengan lebih baik dan dapat menjamin masa depan mereka dan keluarga.

     

    Di bawah jawatankuasa ini, program seperti Program Bantuan Yuran Pengajian bagi anak – anak pekerja ladang telah dilaksanakan secara meluas di ladang – ladang di negeri Selangor dan secara tidak langsung dapat membantu anak – anak pekerja ladang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan meningkat peluang untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik. Di samping itu, Program Bantuan Subsidi Tambang Bas Sekolah yang telah dilaksanakan di ladang – ladang juga sedikit sebanyak membantu pekerja ladang untuk mengurangkan kos bebanan sara hidup bagi menghantar anak – anak mereka ke sekolah untuk mendapatkan pendidikan yang lebih baik dan sempurna untuk menjamin masa hadapan.

    Melihat kepada perubahan dan permintaan pekerjaan pada masa kini yang lebih mengutamakan mereka yang mempunyai kelulusan pengajian tertinggi dan juga mempunyai kemahiran dan pengalaman yang luar, Jawatankuasa Pekerja Ladang dalam perancangan untuk mengembangkan program – program sedia ada selaras dengan permintaan pasaran semasa dan pekerjaan masa kini. Dengan perancangan untuk penambahan program – program berbentuk kemahiran serta akademik yang lebih khusus dapat meningkatkan peluang pekerjaan pekerja – pekerja ladang dan menyiapkan anak – anak pekerja ladang dengan kemahiran dan pendidikan bagi masa akan datang dan menjamin masa depan mereka serta

Lampiran

Tiada Lampiran.