PROSEDUR PENUKARAN SYARAT TANAH
70) PROSEDUR PENUKARAN SYARAT TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lee Chin Cheh
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah tempoh masa yang akan diambil oleh Pejabat Daerah / Tanah untuk mengeluarkan kelulusannya dengan notis bayaran premium?
Pada awal tahun 2013, tempoh masa bagi mendapatkan kelulusan dan notis bayaran premium adalah selama 3 (tiga) bulan. Tempoh ini dikira dari tarikh permohonan didaftarkan di Pejabat Tanah sehingga surat kelulusan dikeluarkan kepada pemohon.
Tempoh masa ini telah berjaya dipendekkan dari 6 (enam) bulan kepada 3 (tiga) bulan selaras dengan Pekeliling Pengarah Tanah Galian Selangor Bil. 2/2012 di mana Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) telah membuat penilaian tanah awal bagi tujuan permohonan pemberimilikan dan pembangunan tanah di Negeri Selangor.
Untuk makluman bagi permohonan tukar syarat tanah yang melibatkan
Kebenaran Merancang, pemohon perlu membuat permohonan Kebenaran
Merancang kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terlebih dahulu. Selepas Kebenaran Merancang diluluskan oleh PBT, pemohon akan memohon tukar syarat tanah berserta pelan yang diperakukan di dalam Kebenaran Merancang kepada Pentadbir Tanah Daerah.
