Program ADUN Muda Selangor akan dibuka kepada pelajar-pelajar daripada:
- Institut pengajian tinggi awam
- Institut pengajian tinggi swasta
- Badan-badan bukan kerajaan (NGO) anak muda /persatuan mahasiswa
Hanya 56 orang anak muda akan dipilih untuk menyertai program ini.
Syarat-syarat Penyertaan
- Pemohon berada dalam lingkungan 18 – 24 tahun;
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia;
- Pemohon fasih bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;
- Pemohon tinggal di Selangor DAN/ATAU;
- Pemohon merupakan pelajar di institusi pengajian tinggi di Selangor.
Cara Memohon
Permohonan untuk sesi pertama Program ADUN Muda Selangor 2016 dibuka mulai 7 November – 22 November 2016.
Peserta-peserta yang berjaya akan dimaklumkan selewat-lewatnya pada 30 November 2016.
Permohonan dibuat dengan mengisi borang di bawah.
Program ADUN Muda Selangor akan berlangsung pada 8 Disember 2016.