BEKALAN AIR DI SELANGOR

75) BEKALAN AIR DI SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan negeri ada menjelaskan bahawa jumlah pengeluaran air adalah sebanyak 4,832 juta liter sehari (JLH) berbanding keperluan harian di antara 3,000 hingga 3,500 JLH bagi negeri Selangor. Adakah bilangan loji air dan kapasitinya mencukupi untuk menampung keperluan penduduk Selangor kini dan jangka masa panjang?

    1. Berdasarkan Kajian Semula Sumber Air Negara (2000-2050), dengan keluasan Negeri Selangor sebanyak 8,396 km dan taburan hujan tahunan sebanyak 2,190mm, jumlah air larian permukaan adalah sebanyak 6.38 billion meter padu setahun bersamaan dengan 17,000 juta liter sehari (JLH) setelah mengambil kira jumlah penyejatan dan susupan semula air

     

    Di Negeri Selangor, terdapat tujuh (7) empangan utama yang membekalkan air untuk tujuan bekalan air. Sehingga hari ini, kesemua empangan di Negeri Selangor mempunyai kapasiti air untuk dirawat dan masih berada di tahap yang tidak membimbangkan.

     

    Terdapat 34 Loji Rawatan Air di Negeri Selangor yang beroperasi untuk merawat air terawat bagi dibekalkan kepada SYABAS. Kapasiti reka bentuk 34 loji adalah sebanyak 4,606 JLH. Keupayaan pengeluaran kesemua loji ini adalah sebanyak 4,832 JLH manakala purata pengeluaran semasa adalah sebanyak 4,460 JLH. Jumlah air terawat yang boleh diagihkan oleh SYABAS kepada pengguna adalah berubah-ubah seperti berikut:-

     

    4686 JLH                        01 Julai 2013

    4661 JLH                        01 Mei 2013

    4566 JLH                        05 Mac 2013

    4661JLH                         01 April 2013

    4546 JLH                        22 Januari 2013

    4436 JLH                        01 September 2012

     

    4411 JLH                        19 Julai 2012

    4371JLH                         12 Mac 2012

     

    Trend peningkatan pengeluaran berbanding pengebilan adalah seperti berikut:-

    Sekiranya dibandingkan kapasiti boleh agih sebanyak 4686 JLH dengan jumlah purata air yang dibilkan kepada pengguna setakat September 2013 sebanyak 3,000JLH, dianggarkan sebanyak 1686JLH atau 35% air terawat hilang sebagai air tidak berhasil (NRW). Justeru itu, sekiranya masalah NRW tidak diatasi, maka sebanyak mana jua air terawat dari mana-mana sumber yang dimasukkan ke dalam sistem agihan, sebanyak 35% akan hilang sebagai NRW sedangkan kos setiap meter padu air tersebut telah pun dikira dan ditanggung oleh pengguna dalam bentuk tarif.

     

    Kegagalan menurunkan NRW kepada 19.98% seperti dijanjikan dalam perjanjian konsesi sebenarnya bukan berpunca dari kekurangan peruntukan tetapi berpunca dari kelemahan SYABAS merancang dan melaksanakan program penurunan NRW secara berkesan. Kegagalan SYABAS menyebabkan negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya terlepas peluang untuk mendapatkan penjimatan kira-kira 663 JLH yang sepatutnya dihasilkan dari penurunan NRW seperti dijanjikan SYABAS.

Lampiran

Tiada Lampiran.