PEMANTAUAN PROJEK-PROJEK PERUMAHAN

132) PEMANTAUAN PROJEK-PROJEK PERUMAHAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah bentuk pemantauan dan kawal selia yang dijalankan oleh pihak kerajaan negeri dan agensinya ke atas pemaju projek-projek perumahan yang didapati melanggar syarat pembinaan dan guna tanah di negeri Selangor?

    Dasar Kerajaan  Negeri  telah  menetapkan  semua  pembangunan perumahan dan hartanah yang dijalankan di Negeri Selangor perlu berdaftar dengan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) melalui Sistem Pendaftaran Pemaju (SPEM). Pemaju dikehendaki mendaftarkan projek mereka dalam tempoh enam (6) selepas Pelan Kebenaran Merancang / Pelan Susun atur diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum Permohonan Pelan Bangunan dikemukakan kepada PBT atau bagi permohonan secara serentak pula, adalah dikehendaki mendaftarkan projek mereka sebelum permohonan Pelan Kebenaran Merancang / Pelan Susun atur dikemukakan kepada PBT.

     

    Melalui pendaftaran SPEM ini, progres pelaksanaan projek akan dipantau secara berkala oleh LPHS untuk memastikan ianya berjalan sebagai mana dirancang serta memastikan syarat-syarat kelulusan khususnya melibatkan keperluan penyediaan perumahan, perniagaan dan perindustrian harga yang dikawal oleh Kerajaan Negeri dipatuhi.

     

    Ketidakpatuhan pemaju terhadap terhadap syarat-syarat pembangunan yang telah ditetapkan akan menyebabkan tindakan drastik seperti kompaun sehinggalah tindakan ‘stop work order’ akan diambil. Melalui SPEM ini juga secara tidak langsung akan dapat meminimakan kebarangkalian berlakunya projek-projek terbengkalai dan bermasalah.

Lampiran

Tiada Lampiran.