KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR SDN BHD (KUIS SDN BHD)
204) KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR SDN BHD (KUIS SDN BHD)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Laporan Ketua Audit Negara 2012 Negeri Selangor menyatakan sebanyak 195000 naskhah Buku Perbendaharaan Al-Quran dengan kos RM1.66 juta tidak dapat dijual kerana sambutan yang tidak menggalakkan dan buku ini telah/akan diberi secara sumbangan kepada badan/orang awam. Apakah sebenarnya perancangan KUIS Sdn. Bhd?
KUIS melaksanakan perancangannya mengikut objektif asal penubuhannya sebagai Institusi Pengajian Tinggi Agama yang memberikan pendidikan agama dan akademik berteraskan Al-Quran dan Al-Sunah untuk melahirkan insan yang bertakwa yang berketerampilan untuk menyumbang kepada kesejahteraan diri, masyarakat dan Negara. Ianya bertepatan dengan matlamat KUIS yang sepertimana moto, visi dan misinya iaitu:
Moto
Pemangkin Tradisi Ilmu
Visi
Memartabatkan KUIS sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam bertaraf dunia yang mendapat keredhaan
Misi
Bertekad ke arah mencapai kecemerlangan pengurusan, akademik dan sahsiah pelajar melalui penggunaan teknologi terkini dan perkhidmatan berkualiti berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah.
Falsafah
Kesepaduan antara ilmu, iman dan amal menjadi dasar ke arah melahirkan insan yang bertakwa dan berketerampilan untuk menyumbang kepada kesejahteraan diri, masyarakat dan negara.
Matlamat
Membentuk dan mendidik generasi ummah agar menjadi insan soleh melalui dasar pendidikan yang berteraskan ilmu naqli (revealed knowledge) dan ilmu aqli (acquired knowledge) yang berpaksikan tauhid untuk melahirkan generasi profesional yang seimbang bagi menghadapi cabaran zaman.
