PERANGSANG TEMPLER GOLF CLUB

171) PERANGSANG TEMPLER GOLF CLUB

Tahun:

Sesi:

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berdasarkan maklumat media Perangsang Templer Golf Club telah dimajukan sebagai projek kediaman dan anak syarikat Kumpulan Perangsang Selangor Berhad turut terlibat. Apakah perincian projek ini?

    Tapak cadangan pembangunan semula Kelab Golf Perangsang Templer (KGPT), yang berdaftar atas nama Cash Band (M) Berhad (CBB), anak syarikat Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPSB), masih dalam perancangan untuk dimajukan sebagai projek pembangunan mesra alam dengan anak syarikat SP Setia, iaitu Rockbay Streams Sdn Bhd (RSSB), bagi pembinaan premis kediaman kepadatan rendah dan aspek komersial yang

    Sehingga sekarang, cadangan pembangunan semula sedang menjalani proses ‘Syarat Terdahulu’ (Conditions Precedent) untuk mendapat kelulusan daripada semua pihak berkuasa yang berkenaan terhadap pengezonan semula tapak pembangunan, penukaran guna tanah, pemberimilikan tanah, pelan susun atur dan sebagainya.

    Anggaran pulangan projek ini bergantung kepada jenis pembangunan yang akan diluluskan adalah dianggarkan berjumlah di antara RM140 juta sehingga RM200 juta.

Lampiran

Tiada Lampiran.