SELANGOR OIL PALM INDUSTRIES CORPORATION SDN. BHD. (SOPIC)

196) SELANGOR OIL PALM INDUSTRIES CORPORATION SDN. BHD. (SOPIC)

Tahun:

Sesi:

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Laporan Ketua Audit Negara 2012 Negeri Selangor menyatakan bahawa terdapat pelbagai kelemahan dalam pengurusan SOPIC dalam misinya menjadi syarikat pengeluar buah-buahan komersial dan makanan terpenting Negara. Apakah perancangan untuk memajukan SOPIC di masa hadapan?

    1. Jemaah Ahli PKPS telah membuat keputusan untuk melaksanakan tindakan penutupan SOPIC berkuat kuasa pada 1 September 2013 dan PKPS telah mengambil alih semua aset dan liabiliti syarikat. Keputusan ini adalah selaras dengan ‘exercise’ penyusunan semula aktiviti PKPS dan syarikat-syarikat subsidiarinya yang telah dimulakan pada tahun

     

    Di dalam pengstrukturan semula ini, semua aktiviti perladangan tidak lagi dijalankan oleh syarikat subsidiari tetapi diuruskan secara langsung oleh PKPS bagi mengawal penggunaan dan pemilikan aset tanah. Dengan pengstrukturan semula ini maka kewujudan SOPIC telah menjadi tidak lagi relevan. Dengan lain perkataan, projek ‘Selangor Fruits Valley’ (SFV) akan diambil alih oleh PKPS untuk diuruskan sebagai projek langsung PKPS.

Lampiran

Tiada Lampiran.