TANAH KERAJAAN
218) TANAH KERAJAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan negeri telah mengenal pasti tanah kerajaan di Daerah Kuala Langat atau di Sepang untuk membina sebuah krematorium moden demi kemudahan dan keselesaan Rakyat, i) Sila menyatakan kos pembinaan; ii) Keluasan tapak dan i) Kos pembinaan.
MPSp
Tiada sebarang krematorium di daerah Sepang.
MDKL
MDKL telah mengenal pasti satu tapak untuk pembinaan crematorium di Jalan Sungai Buaya, Ladang Jugra Lot 513 dan Lot 514, Mukim Jugra seluas 6 ekar. Permohonan peruntukan kewangan sebanyak RM4 juta telah dikemukakan kepada Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun, pihak Majlis telah diminta mengkaji semula kos tersebut.
