PERBELANJAAN AM/LUAR JANGKA

49) PERBELANJAAN AM/LUAR JANGKA

Tahun:

Sesi:

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan Kerajaan Negeri terhadap Kumpulan Wang Amanah Belanja Mengejut berbaki RM8.10 juta yang tidak pernah digunakan sejak tahun 2003?

    Kerajaan Negeri Selangor mengambil maklum pandangan audit berdasarkan Kajian Khas : Pengurusan Perbelanjaan Am/Luar Jangka Tahun 2010 di mana peruntukan Kumpulan Wang Amanah Belanja Mengejut akan digunakan terlebih dahulu bagi perbelanjaan kecemasan berdasarkan Seksyen 11 (C) Akta Prosedur Kewangan 1957 iaitu :-

    “ Menteri boleh, jika ia berpuas hati bahawa ada timbul suatu keperluan segera dan tidak disangka-sangka perbelanjaan bagi maksud-maksud persekutuan baginya tidak ada peruntukan lain dan untuknya kumpulan wang tidak boleh diperuntukkan di bawah Seksyen 15 (4), membuat pendahuluan dari Kumpulan Wang Disatukan untuk menampung keperluan itu.”

    Setelah Penggunaan peruntukan tersebut dilaksanakan, ia perlu dibentangkan dalam Persidangan Dewan Negeri Selangor sebagai Enakmen Perbekalan Tambahan untuk dimasukkan semula ke dalam akaun Kumpulan Wang Amanah Belanja Mengejut.

Lampiran

Tiada Lampiran.