PENGURUSAN HUTAN PAYA LAUT
70) PENGURUSAN HUTAN PAYA LAUT
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mencegah kecurian kayu bakau?
Jabatan Perhutanan Negeri Selangor telah melaksanakan beberapa langkah pencegahan kecurian kayu bakau setelah lesen pengusahasilan kayu bakau ini ditamatkan pada 1 Julai 2010 seperti berikut:
- Melaksanakan operasi bersepadu dengan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM),Pasukan Gerakan Marin PDRM Selangor, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan melaksanakan rondaan secara bersama di kawasan hutan Simpan Paya Laut yang terletak dalam kawasan Pulau di Negeri Selangor.
- Melaksanakan pemantauan melalui udara 6 kali setahun bagi mengesan aktiviti kecurian kayu bakau.
- Membuat perolehan sebuah bot ronda baru untuk Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.
- Menempatkan kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor di semua jeti pendaratan kayu bakau bagi memeriksa kemasukan kayu bakau Import Indonesia dan Kayu bakau Transit daripada Negeri lain.
- Menambahkan kekerapan rondaan di 25 buah hutan simpan paya laut yang berkedudukan persisir pantai dan kawasan pulau.
- Membuat hebahan media kes-kes tangkapan kecurian kayu bakau bagi meningkatkan kesedaran orang awam.
- Melaksanakan kempen kesedaran tanaman bakau dan spesis-spesis terancam di persisir pantai dengan kerjasama korporat, NGO dan orang awam.
Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) telah membuat penandaan sempadanLuar selepas ianya diwarta sebagai Hutan Simpanan Kekal. Selain itu JPNS telah memasang papan-papan tanda hutan simpan di sepanjang sempadan. Tindakan pemasangan papan tanda ini adalah sebagai satu daripada kaedah untuk memaklumkan kepada masyarakat setempat kewujudan hutan simpan. Sehingga 29 Februari 2012 tiada sebarang kecurian kayu bakau baru dikesan dalam kawasan Hutan Simpan Pulau Ketam selepas penangkapan seorang warganegara Malaysia yang menjadi ketua sendikit di Pulau Ketam pada tahun 5 Mei 2010. Operasi bersepadu yang dilaksanakan bersama Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Pasukan Gerakan Marin PDRM Selangor dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) secara berterusan telah memberikan kesan positif dan berjaya mengawal aktiviti kecurian kayu bakau di Hutan Simpan Pulau Ketam..
