PEMBANGUNAN MASYARAKAT ORANG ASLI

72) PEMBANGUNAN MASYARAKAT ORANG ASLI

Tahun:

Sesi:

Isu: Orang Asli

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan Kerajaan dalam meningkatkan pencapaian pendidikan anak- anak Orang Asli?

    Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli tidak pernah mengabaikan kepentingan pendidikan masyarakat Orang Asli dengan menyediakan pelbagai kemudahan seperti berikut:

    1. Pejabat Pelajaran Negeri menyediakan bantuan dari kumpulan wang amanah (KWAPM) kepada pelajar miskin Orang Asli.
    2. Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli menyediakan perkhidmatan pengangkutan semua pelajar-pelajar orang Asli dari tempat kediaman ke Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah.
    3. Bantuan wang saku  kepada pelajar sekolah menengah dengan kadar bayaran sebanya 2.00 seorang sehari.
    4. Pelajar-pelajar orang Asli yang Berjaya memasuki Pusat Pengajian Tinggi Awam ( IPTA)  ditawarkan Biasiswa.
    5. Pelajar-pelajar yang memperolehi keputusan yang cemerlang ditawarkan melanjutkan pelajaran ke luar Negara melalui tajaan dari

    MARA.

    Pelajar-pelajar Orang Asli yang berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang dari UPSR, PMR, SPM di raikan dan diberikan hadiah kecemerlangan  serta ditawarkan memasuki Sekolah berasrama penuh seperti MRSM dan Sekolah Menengah Sains.

Lampiran

Tiada Lampiran.