KERJA-KERJA PENURAPAN JALAN
74) KERJA-KERJA PENURAPAN JALAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Banyak keadaan jalan yang diturap mendapat komen yang negatif terhadap kerja-kerja yang tidak memuaskan seperti kualiti tar ÒcrushserunÓ yang digunakan mahupun ketebalan. Apakah rancangan Kerajaan bagi mengatasi masalah ini?
Bagi mengatasi masalah ini, pihak Kerajaan Negeri akan memastikan jalan-jalan dibina mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan seperti di dalam kontrak kerja. Untuk jalan-jalan JKR, terdapat beberapa ujian yang perlu dijalankan dan telah dimasukkan di dalam kontrak kerja bagi memastikan spesifikasi dipenuhi. Ujianujian tersebut adalah seperti berikut: i- ‘Coring test’ untuk menentukan ketebalan crusher- run dan premix. ii- Ujian ‘Density’ untuk menentukan kepadatan lapisan-lapisan jalan. iii- Marshall Test untuk menentukan kandungan bitumen.
Semua ujian-ujian ini perlu dilaksanakan sebelum kerja-kerja disahkan untuk bayaran.
