JAWATANKUASA BANDAR SELAMAT
80) JAWATANKUASA BANDAR SELAMAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan jumlah peruntukan yang disalurkan kepada Jawatankuasa Bandar Selamat mengikut pecahan PBT bagi tahun 2010-2012
Program Bandar Selamat merupakan program di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Walau bagaimanapun, memandangkan NKRA inisiatif mengurangkan jenayah melibatkan pihak Polis, Kementerian Dalam Negeri (KDN) turut terlibat di bawah program ini dari segi penyediaan peruntukan kewangan.
Mulai tahun 2010, KDN telah menyalurkan peruntukan bagi menjayakan pelaksanaan Program Bandar Selamat di PBT. Jumlah ini melibatkan RM13,192,055 pada tahun 2010, RM12,350,000 pada tahun 2011 dan RM18,050,000 pada tahun 2012. Walau bagaimanapun peruntukan kewangan bagi tahun 2010 hanya melibatkan 6 PBT ‘hotspot’ yang mempunyai kadar jenayah yang tinggi iaitu di kawasan MB Shah Alam, MB Petaling Jaya, MP Klang, MP Ampang Jaya, MP Selayang dan MP Subang Jaya. Peruntukan Kewangan Bagi Pelaksanaan Program Bandar Selamat bagi tahun 2011 dan 2012 adalah melibatkan semua PBT seperti di Lampiran 1.
Lampiran 1
JADUAL PERUNTUKAN KEWANGAN BAGI PELAKSANAAN PROGRAM BANDAR
SELAMAT BAGI TAHUN 2010-2012
Pihak Berkuasa Tempatan 2010 2011 2012 1. MB Shah Alam 2,199,900 1,000,000 2,100,000 2. MB Petaling Jaya 2,191,180 1,500,000 2,100,000 3. MP Klang 2,200,000 1,500,000 2,100,000 4. MP Ampang Jaya 2,200,000 1,500,000 2,100,000 5. MP Kajang – 1,500,000 2,100,000 6. MP Selayang 2,200,975 1,500,000 2,100,000 7. MP Subang Jaya 2,200,000 1,500,000 2,100,000 8. MP Sepang – 500,000 800,000 9. MD Kuala Langat – 500,000 800,000 10. MD Kuala Selangor – 500,000 700,000 11. MD Hulu Selangor – 500,000 650,000 12. MD Sabak Bernam – 350,000 400,000 Jumlah keseluruhan 13,192,055 12,350,000 18,050,000 Sumber: Unit Khas NKRA Bandar Selamat, JPBD SM PERTANYAAN-PERTANYAAN MULUT DARIPADA
