YURAN PENYELENGGARAAN RUMAH PANGSA, APARTMEN DAN KONDOMINIUM

100) YURAN PENYELENGGARAAN RUMAH PANGSA, APARTMEN DAN KONDOMINIUM

Tahun:

Sesi:

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan bercadang mengeluarkan satu garis panduan sebagai rujukan oleh pemaju, MC dan JMB dalam menentukan yuran penyelenggaraan yang munasabah memandangkan terdapat banyak perbezaan pendapat dalam perkara ini?

    Kerajaan Negeri akan mengeluarkan satu garis panduan mengenai mekanisme penetapan caj penyenggaraan supaya kadar caj penyenggaraan yang lebih sesuai dan praktikal dilaksanakan berdasarkan perbelanjaan sebenar penyenggaraan bangunan bagi sesebuah kawasan pangsapuri. Di samping itu, jika terdapat kadar yang lebih baik, Pesuruhjaya Bangunan (COB) juga boleh membuat syor berkenaan amaun kadar caj dengan membuat perbandingan lainlain kawasan sekeliling. Peranan COB dalam menentukan kadar caj ini adalah selaras dengan kuasa yang diperuntukkan di bawah Seksyen 41A Akta Hakmilik Strata 1985 [Akta 318].  Sebagai perbandingan dan panduan, amalan di negara Canada, pemaju atau strata corporation bertanggungjawab untuk menyediakan anggaran perbelanjaan bagi kerja-kerja penyenggaraan bangunan pada setiap tahun dan memaklumkan kepada pembeli di bawah peruntukan Strata Property Act [SBC 1998].

    Walaubagaimanapun, kadar caj yang akan dilaksanakan akan dikaji dari masa ke semasa kerana penetapan kadar caj penyenggaraan dalam bentuk amaun yang tetap dan standard  adalah sukar disebabkan setiap skim pemajuan strata mempunyai ciri-ciri yang berbeza dari aspek berikut:

    • Keluasan kawasan, bilangan tingkat dan jumlah unit keseluruhan;
    • Jenis dan bilangan Harta bersama yang dimiliki;
    • Kaedah pengurusan sama ada secara sendiri atau melantik ejen pengurusan atau pengurus harta; dan
    • Pihak pengurusan bangunan yang telah dilantik secara teratur iaitu sama ada Badan pengurusan Bersama (Joint Management BodyJMB) atau Perbadanan Pengurusan (Management Corporation-MC).

    Pada tahun 2007, LPHS telah mengutarakan cadangan mengenai kadar caj bagi pangsapuri kos rendah berdasarkan kajian yang dibuat oleh Rahim & Co seperti berikut:

    BIL. BIL.

    UNIT

    CADANGAN

    MENGIKUT SEN

    KAKI PERSEGI

    PERKIRAAN

    MENGIKUT         RM

    BAGI SETAHUN

    CADANGAN

    KADAR                CAJ

    PENYENGGARAAN

    1. 0-400 RM0.64 RM0.64 x 650 k.p./

    12 bulan

    =RM34.60

    RM35.00
    2. 401-

    1,000

    RM0.54 RM0.54 x 650 k.p./

    12 bulan

    =RM29.25

    RM30.00
    3. 1,000 ke atas RM0.92 RM0.92 x 650 k.p./

    12 bulan

    =RM49.83

    RM50.00

    Namun begitu, kadar caj tersebut tidak dapat digunapakai kerana keunikan pada setiap kawasan pemajuan pangsapuri kos rendah seperti ciri-ciri yang dinyatakan di atas.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.