JAWATAN-JAWATAN KANAN DALAM GLC SELANGOR

175) JAWATAN-JAWATAN KANAN DALAM GLC SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tatacara pemilihan dan pelantikan ke jawatan-jawatan kanan dalam GLC? Selangor?

    Tatacara pemilihan dan pelantikan ke jawatan kanan dalam GLC Selangor

    adalah seperti berikut;-

    1. Pelantikan ke jawatan teraju utama syarikat tertakluk kepada peruntukan dalam Memorandum and Article of Association sesebuah syarikat sama ada pelantikan ke tahap jawatan Ketua Pegawai Eksekutif atau Pengurus Besar.
    2. Senarai pendek nama calon dengan butiran peribadi, kelulusan akademik dan pengalaman kerja akan dikemukakan kepada mesyuarat Lembaga Pengarah Syarikat untuk temu duga dan pemilihan.
    3. Struktur gaji serta Terma dan Syarat Perkhidmatan yang ditawarkan tertakluk kepada peruntukan dan kelulusan Mesyuarat Lembaga Pengarah Syarikat.
    4. Pelantikan Pegawai Kanan Syarikat ditadbir oleh Pengurusan Syarikat kecuali terdapat peruntukan yang memerlukan perkara yang berkaitan diluluskan oleh Mesyuarat Lembaga Pengarah.

Lampiran

Tiada Lampiran.