LEBUHRAYA BARU DAMANSARA SHAH ALAM (DASH)
191) LEBUHRAYA BARU DAMANSARA SHAH ALAM (DASH)
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri telah mengkaji kesan pembinaan ini kepada kawasan - kawasan perumahan , pengambilan tanah , perkampungan yang akan terbabit sepanjang laluan ini ?
Kerajaan Negeri secara dasarnya telah menimbang dan bersetuju berhubung dengan pembinaan Lebuhraya DASH tersebut. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri telah mengarahkan supaya pihak JPBD menyelaraskan mesyuarat jawatankuasa teknikal bersama dengan agensi teknikal yang terlibat dalam pembinaan lebuhraya DASH berserta kajian kesan dari semua aspek. Selain daripada itu, semua PBT terlibat diarah untuk melaksanakan Town Hall Meeting untuk mendapatkan input dan maklumbalas daripada penduduk setempat.
