PELABURAN DI NEGERI SELANGOR
197) PELABURAN DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan Selangor mempunyai rancangan tertentu supaya sektor pekerjaan juga boleh memberi faedah seiring dengan kemasukan pelaburan di negeri Selangor?
Kerajaan Negeri sentiasa menggalakkan sektor perindustrian mengambil pekerja di kalangan pekerja tempatan terutamanya penduduk sekitar di mana syarikat tersebut beroperasi. Pihak syarikat juga lebih gemar sekiranya mereka mendapat pekerja di kalangan pekerja yang berada di kawasan sekitarnya kerana akan mengurangkan kos operasi mereka.
Adalah tidak dinafikan bahawa seiring dengan kemasukan pelaburan ini juga, peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan telah bertambah dan secara tidak langsung meningkatkan taraf sosio ekonomi masyarakat setempat.
