SYARIKAT KUMPULAN DARUL EHSAN BERHAD (KDEB)

209) SYARIKAT KUMPULAN DARUL EHSAN BERHAD (KDEB)

Tahun:

Sesi:

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan kedudukan kewangan Syarikat KDEB bagi tahun 2010 dan 2011 ?

    Di peringkat kumpulan KDEB, bagi tahun berakhir 31 Disember 2011, pendapatan dicatat adalah sebanyak RM466.142 juta berbanding tahun 2010 sebanyak RM463.736 juta dengan perbezaan positif sebanyak RM2.406 juta. Pendapatan sebelum audit yang tertinggi adalah daripada sektor infrastruktur dan Utiliti sebanyak RM 207 juta serta Pembangunan Hartanah sebanyak RM

    170 juta. Sila rujuk Jadual 1 di bawah untuk butiran pendapatan mengikut sektor

    JADUAL 1: Pendapatan Mengikut Sektor

      2011* 2010 Per’zaan
    Sektor RM’000 RM’000 RM’000
    Infrastruktur dan utiliti 207,364 149,875 57,489
    Pembangunan Hartanah 170,367 205,161 (34,794)
    Pembinaan 7,206 28,200 (20,994)
    Perniagaan 38,464 37,907 557
    Hotel dan Rekreasi 35,625 35,987 (362)
    Pegangan Pelaburan 7,116 6,606 510
    Jumlah 466,142 463,736 2,406
    * Sebelum Audit      
        2011* 2010 Per’zaan  
      Sektor RM’000 RM’000 RM’000  
      Infrastruktur dan utiliti 207,364 149,875 57,489  
      Pembangunan Hartanah 170,367 205,161 (34,794)  
      Pembinaan 7,206 28,200 (20,994)  
      Perniagaan 38,464 37,907 557  
      Hotel dan Rekreasi 35,625 35,987 (362)  
      Pegangan Pelaburan 7,116 6,606 510  
      Jumlah 466,142 463,736 2,406  

    * Sebelum Audit

    Bahagian keuntungan syarikat bersekutu adalah sebanyak RM48.313 juta berbanding tahun 2010 sebanyak RM74.150 juta dengan perbezaan negatif sebanyak RM25.837 juta. Perbezaan negatif ini adalah disebabkan oleh rosot nilai penerimaan perniagaan sebanyak RM67.746 juta daripada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd oleh syarikat bersekutu, iaitu SPLASH. Bagi tahun berakhir 31 Disember 2011, Kumpulan mencatat keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM1.378 juta berbanding tahun 2010 keuntungan sebanyak RM56.470 juta dengan perbezaan negatif sebanyak RM55.092 juta.

Lampiran

Tiada Lampiran.